Selepas Shuib Beritahu Jntung Sarah Lemah, Bapa Siti Sarah Pula Tampil Luah Sesuatu?

 

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggI dnia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

”Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggI dnia jam 5.13 pagi HUKM.

”Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hspital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kndungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan po.sitif COVlD-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Status Yang Dimuatnaik Shuib

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Shuib mengesahkan perkara itu apabila memaklumkan berkenaan pemrgian isteri tercinta pada pukul 5.13 pagi ini.

”5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..” tulis Shuib.

Rata-rata rakan artis mendoakan Siti Sarah dan mendoakan agar Shuib bertabah dengan ujian ini.

Bapa Siti Sarah turut bersed1h

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini.

“Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghorm4ti keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang.

“Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positf dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi.

Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil.

Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap 0kslgen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

SUMBER/KREDIT: hmetro dan IG shuib, via asiakini

Catat Ulasan

0 Ulasan