PADA HARI TERAKHIR KUARANTIN, SITI SARAH TERPAKSA DIKEJARKAN KE HOSPITAL. SHUIB JELASKAN KENAPA DAN MOHON DOA AGAR SITI SARAH SELAMAT

 

Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro.



Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.

“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.


KOMEN NETIZEN:

“Pernah merasa pregnant third trimester dgn oksigen menurun ke 83% which is x ckup utk both mom n baby dsebabkan jangkitan paru2. Tpksa bergantung kpd mesin oksigen spjg masa dgn batuk x berhenti. Seriau bila ingat balik. Phm sgt ape yg sarah lalui. Muga mom and baby cpt sihat”

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Ibu dan baby dlm kandungan sht. Aamiin”

“Allah. Tak boleh dgr kes ibu pregnant kena covid. Sedih sgt. Moga dipermudahkan urusan Siti Sarah dan selamat keduanya.”

Sumber : HMETRO ONLINE / IG Shuib Sepahtu

Catat Ulasan

0 Ulasan