Penyanyi wanita Elyana merupakan seorang pesakit kanser yang sedang menjalani beberapa siri radioterapi bagi mengatasi peny4kitnya itu. Sebelum ini pernah mengejutkan ramai orang apabila berkongsikan berat badannya yang hanya 35 kilogram sahaja saat menjalani rawatan.
Terbaru Elyana berkongsi kepada peminat nya menerusi instastory setelah ditanya oleh salah seorang peminatnya mengenai berat badan Elyana sekarang.
Alhamdulillah, sekarang sudah bertambah dari 35 kg sehingga 49 kg.
Selain itu, Elyana juga tampak makin ceria berkongsi kehidupan hariannya menerusi laman sosial instagram buat tatapan peminat.
Ramai yang menumpang gembira dengan keadaan Elyana yang boleh dikatakan semakin sembuh berbanding dahulu.
0 Ulasan