Ujian ALLAH hadir untuk buat kita sentiasa ingat padanya, jangan kita merungut tatkala didatangi ujian, sebaliknya bersyukurlah kita kerana ALLAH masih tegur kita dikala kita buat salah. Anggaplah ujian itu sebagai cara ALLAH betulkan segala khilaf kita…
Kekal tenang di penghujung usia 30 an.
Masa umur 27 tahun dulu, saya tengok rakan sekerja yang dah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘tantrum’ selalu. Saya memang tak faham kenapa. Kadang-kadang tu perkara kecik pun boleh dibuat jadi bahan melenting. Kita yang tengok ni pun boleh jadi stress, geram pun ada. Semua benda nak marah orang.
Asyik melenting saja tak sudah-sudah!
Kini bila saya sendiri yang berada di tempat mereka sekarang, barulah saya faham semuanya. bukan saja saja dia melenting, memang sensitif betul bila dah masuk fasa umur ni…
Hamba ALLAH yang dah masuk usia 36 nak ke 40 tahun ni memang Allah uji dengan ujian kesabaran level paling maksimum. Memang padu punya ujian! Jangan mudah putus asa dan berhenti berharap sebab syaitan akan masuk menghasut ketika mana manusia paling lemah…
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Pang!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
- Kesihatan
- Keluarga
- Sahabat
- Kerjaya
- Ibubapa
- Adik-beradik
- Ipar duai
- Kebendaan
Sampai masa kalian akan rasa sendiri macam tak cukup tanah nak berlari .
Kita semua wajib hadap perasaan ni!
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!
- Menguji keimanan
- Menguji kesabaran
- Melatih diri dengan reda dan ikhlas
- Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan
- Mengajar diri menjadi lebih beriman
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah kerana
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, SEMUANYA BARU!
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ .
Ambil masa sejenak untuk berfikir tentang betapa bertuahnya kita.
Namun begitu, kalau kita asyik ulang kesalahan yang lalu, diumur 40 dan tak lakukan sebarang perubahan maka Macam itu sahajalah masa kita berlalu. Rugi teramat sangat.
Allah tingkatkan darjat Nabi Muhammad S.A.W di usia 40 menjadi seorang Rasul. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasul ALLAH, berapa kali baginda dihina dan dikasari namun Baginda tetap sabar.
Dalam Hidup kita ni, perkara yang paling penting perlu ditanam dan dipasak paling jauh dalam hati adalah perasaan sabar. Yang perlu kita amalkan setiap malam pula adalah tahajud. Manakala yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang baik dan tidak menyakiti hati orang lain. Seterusnya yang sangat perlu dihulurkan oleh tangan kita adalah pemberian ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Yang hanya perlu dilihat oleh mata kita adalah kesilapan sendiri supaya dapat kita berubah. Akhir sekali, yang amat perlu ada dalam hati kita hanyalah kepercayaan yang teguh kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Walau apa pun yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita perlu mula buat pilihan, buang yang buruk atau kekalkan. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik. Waktu inilah penentu destinasi kita di sana kelak
Jangan pernah sekali ucapkan bahawa kalian tidak percaya, segala ujian yang pernah menimpa akan datang berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Sebab apa? Sebab kita sudah ada pengalaman menghadapi masalah itu. ALLAH sudahpun didik kita bagaimana nak menghadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman kita yang makin hari makin kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Inilah fungsi ujian yang ALLAH turunkan!
Baik, ‘kan Allah!
Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan m@ti dan ki@mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!
Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat
> HARMAGIDUN<
0 Ulasan