Sungai Buloh: Bapa dan pelajar yang mend4kwa guru pendidikan jasmani bergurau keterlaluan berkaitan melakukan perbuatan r0g0l akan membuat sam4n balas RM5 juta.Peguam mereka, Datuk Sankara Nair berkata, berdasarkan surat tuntutan diterima pihaknya daripada guru terbabit, beliau menasihatkan anak guamnya untuk memfailkan sam4n balas.
“Saya sudah maklum melalui surat kepada peguam guru terbabit bahawa kami akan memfailkan tuntutan sam4n RM5 juta kerana sengaja menyebabkan tekanan em0si,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, hari ini.
Terdahulu Ain Husniza Saiful Nizam, 17, dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab hadir di IPD Sungai Buloh kira-kira jam 5 petang untuk memberi keterangan berkaitan laporan polis yang dibuat guru berkenaan berhubung perkara itu, baru-baru ini.
Mereka turut ditemani Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Difahamkan Ain serta bapanya diambil keterangan bagi membantu slasatan kes berkenaan dan mereka dilihat keluar dari IPD Sungai Buloh jam 6.15 petang selepas kira-kira hampir satu jam memberi keterangan.
Sementara itu, Ain berkata, dia hanya mahu jadikan sekolah sebagai persekitaran yang selamat dan sama sekali tidak pernah berniat untuk menghlna mana-mana pihak dalam kenyataannya yang dibuat sebelum ini yang berkaitan guru pendidikan jasmaninya bergurau keterlaluan berkaitan melakukan perbuatan r0g0l.
“Ini adalah hak kami sebagai pelajar untuk mendapat persekitaran yang selamat di sekolah.
“Ketika keterangan saya dan bapa diambil, pihak polis sangat profesional dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan r0g0l tidak diambil tindakan lanjut oleh polis yang selesai menjalankan sias4tan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki susulan kenyataan berbaur fltnah serta mengalbkan dirinya sebagai seorang guru pada 5 Mei lalu.
“Menerusi laporan dibuat lelaki terbabit, kenyataan itu dibuat oleh seorang pelajar perempuan di sekolah tempat pengadu bertugas semasa wawancara di media sosial sebuah akhbar tempatan pada 30 April lalu berkaitan isu guru pendidikan jasmani yang menyebut mengenai elemen r0g0l ketika proses pembelajaran di dalam kelas.
“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh memanggil pelajar berkenaan bersama bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkaitan aduan terhadap laporan polis dibuat pengadu terbabit.
“Slasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Kedua-dua individu berkenaan hadir dengan ditemani oleh peguam, Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu media melaporkan polis menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.
Media 24 April lalu melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor did4kwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan r0g0l dalam sesi pendidikan itu.
Ain mend4kwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan s3ksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.
Bagaimanapun, pelajar itu mend4kwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap luc4h.
Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.
Pelajar terbabit turut berdepan tindakan s4man RM1 juta selepas did4kwa mengeluarkan kenyataan berunsur fltnah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini
Sumber : https://www.hmetro.com.my/
Post a Comment