Atlet Australia Baiki Kayak Berlubang Guna Kondom, Raih Pingat Emas Dan Gangsa Di Olimpik
by -
Admin
on -
Ogos 03, 2021
Atlet Australia Baiki Kayak Berlubang Guna Kondom, Raih Pingat Emas Dan Gangsa Di Olimpik. Tak dapat dinafikan, pelbagai kisah pelik yang berlaku di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang baru sahaja berlangsung pada tahun ini. Kali ini pula mengisahkan tentang atlet kayak Australia Jessica Fox, yang menggunakan kondom sebagai alat untuk baiki kayaknya yang berlubang.
Memang tak dapat disangka bahawa kondom boleh menjadi medium terbaik untuk memperbaiki kayak kan?
“Sudah tentu ramai kan yang tak tahu kondom ni boleh digunakan untuk memperbaiki kayak”, ujar Jessica Fox di laman sosial Instagramnya.
Dengan tontonan lebih dari 100,000 di Tiktok, dia telah memuat naik video cara memasukkan kondom secara berhati-hati di muncung kayak yang digunakannya untuk bertanding di sukan Olimpik. Pada mulanya, dia menggunakan campuran karbon untuk menampal bahagian kayak yang berlubang dan seterusnya menyarungkan kondom tersebut di muncung kayak itu.
Jessica juga turut menyatakan kondom yang digunakannya itu amatlah kuat untuk memampatkan campuran karbon berikut. Penganjur Olimpik, iaitu Jepun telah menyediakan 150,000 untuk atlet dan mengesyorkan supaya ianya dibawa pulang daripada digunakan di Perkampungan Rasmi Olimpik.
Kayak yang dibaiki dengan menggunakan kondom itu kemudiannya berjaya membantu Jessica untuk meraih pingat gangsa di dalam saingan Women’s Slalom K-1. Kejayaan wanita ini tidak berhenti di situ, malah, dia juga telah merangkul pingat emas pada saingan Women’s Slalom C-1 dengan menggunakan kayak yang sama.
0 Ulasan