AERIL ZAFREL LUAH RASA BINGUNG SEBAB KENA COV1D UNTUK KALI KEDUA. INI KATA KATA AERIL LEPAS DIA DISAHKAN POSITIF

 

Suami kepada pelakon Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 buat kali kedua.

Sebelum ini, sekitar bulan Januari lalu, dia telah dijangkiti positif Covid-19 dan menjalani kuarantin wajib seorang diri selama 10 hari di bilik rumahnya setelah melakukan empat kali ujian saringan.


ambar waktu pertama kali disahkan positif

Kali kedua dah…

Terbaharu, pelakon lelaki itu sekali lagi memaklumkan dirinya positif buat kali kedua di laman Instagram.

Ujarnya lagi, dia hanya berada di rumah sahaja tanpa merayau ke mana-mana tanpa tujuan yang tidak penting. Dia juga hairan bagaimana dirinya boleh dijangkiti wabak ini.

Hmmm, positif Covid lagi. Tahun ni je dah 2 kali kena. Padahal duduk rumah je. Ada yang macam ini? Duduk rumah pun positif? – Aeril Zafrel

‘Apa? Lagi?’

 

Catat Ulasan

0 Ulasan