Suami beria2 cakap nk pg main futsal, rupanya kantoi bwk jiran tudung labuh dating tepi pantai


 Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku

agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak

buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami psangan yang bahagia.

Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah

faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kr0nik hinggalah satu hari

muncul HH dalam hidup kami.

Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran

kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay,

jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay

sangat2, tak ada masalah apa pun.

Kntoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak

pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor

HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main

futsal.

Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah

sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya

aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita

bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi

setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.

Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi

seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah

mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap.

Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Suami beria cakap pergi main

futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali

bodoh.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri,

aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk,

HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.

Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan

suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat

macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.

Sumpah rasa nak piijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak

menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana

dapat kekuatan.

Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami

aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH

100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal

miang.

HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya

yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar

jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar,

duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.

Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha..

mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka.

Mendidih jek aku dengar.

Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari

mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia

tak nak duakan aku dan sayang anak kami.

Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH

selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang,

suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu,

suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat,

so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar

cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.

Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH

janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi &

akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis

syarikat.

Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia

bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.

HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh

Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada

sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.

Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak

kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku

sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah

ceritanya.

Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagulagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku

weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak

dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa

betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.

So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab

aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia

dah boleh lupa.

Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam

perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nakbuat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang

45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.

Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma

kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak

jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah

mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.

Aku share sini untuk pengajaran bersama :

Suami

1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar

cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan

tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada

feeling.

Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau

dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala.

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah

bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.

2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja sukasuka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat.

Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.

Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu

meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap

sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat

ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau

macam tu?

Isteri

1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati.

Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone

suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.

Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean &

clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyakbanyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa

fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.

2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda

aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok

berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.

Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak

pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena

cvrang jugak.

Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa

diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas samasama supaya ada rasa tanggungjawab.

Suami & isteri

1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang,

apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi

mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk

sangka & overthinking.

Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak

terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih

kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.

2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia

rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk

kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.

Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin

mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan.

Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang

menjurus kepada cuurang.

Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan

suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu,

lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.

Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur

sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat.

Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA

akan jaga kita. InsyaALLAH.

Baca Part 2, sambungan kisah di atas

Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah,

dah lebih 6 bulan aku survived lepas kess kami. Aku Rasa lega sangat-sangat bila dapat kongsi kat sini dan baca respon bernas dan rasional

dari pembaca di confession sebelum ni.

Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang

menyenangkan yang mungkin perluukan penjelasan.

1. Kenapa mesti jiran?

Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa

bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada

bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan

jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam

pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung

walaupun lepas projek dah tamat.

2. Bagaimana bermula?

Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012.

Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami

aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok mslimah pemalu bertudung

bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.

Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku &

ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam

mendatang lah ceritanya.

Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah

admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais.

3. Macam mana aku boleh tenang?

Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku sangat2

malu dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it

takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada

kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku

simpati dengan dia.

Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH.

Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup

undur diri sebab aku tak nak bermadu.

4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?

Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali

perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku.Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku

paling benci suami aku.

Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku

percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan

pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami

pilih aku, bukan HH.

Jujur, mula-mula memang atas dasar eg0 & rasa nak menang, tapi

lama-lama Allah tunjuk aku jalan yang sepatutnya.

5. Apa aku buat untuk legakan hati?

Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangatsangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan

ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda &

boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?

Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam

rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah

langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar.

Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak

boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.

6. Kenapa tak pindah rumah?

Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua

bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya

loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak.

Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun

dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.

7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?

Gila tak seram. Hahaha.. Allah jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba

lawan & tenang. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, tak pernah lagi

aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke,

kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke.

Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku.

Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.

8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama Allah yang

mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas

dasar penampilan HH yang lebih alim & mslimah dari aku, aku pilih

untuk percaya HH.

HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat

HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki

impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.

9. Apa khabar suami aku sekarang?

Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas &

ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada

lagi nak keluar malam lepak mamak.

Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah

dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan

pengetahuan suami ye).

Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi

minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut.

Tiap-tiap bulan aku check bil telefon.

Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak

larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah.

Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.

10. Apa khabar aku sekarang?

Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon

nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak

semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi

suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku

luah.

Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gduh pulak. Aku

usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada

tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena

mengalah tegur dulu & buat pas4ngan gelak. Dan biasanya suami aku

yang mengalah.

11. Apa khabar HH sekarang?

Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact

sepupu dia sebagai langkah berjaga-jagaHari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH

post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set

public).

Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop

kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH.

Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa

boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau

lah. Just in caase perlu contact, aku dah ada nombor mereka.

Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi

sekurang-kurangnya Allah uji aku dengan perempuan yang sedar diri &

tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba

jadi lebih baik.

Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk

jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara

baik jugak.

Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan,

mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk

mempertahankan, dengan izin Allah aku berjaya. Semua terserah pada

anda sebab anda yang menentukan hidup anda.

Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang

memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni.

Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk

mengajar kami jadi manusia lebih baik.

Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku

takut beria membenci, tiba-tiba Allah uji aku perlu minta bantuan HH

ke kot anak aku skit, atau aku yang skit.

Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya Allah..

seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang.

Simpang malaikat 44.

Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia,

sampai syurgaNYA. InsyaAllah.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Haya Ross, Sis nak bagi tahu nie… kebanyakan permpas Mula cakap

nak putus last2 still contact siap ajak nikah Kat Thailand lagi…pengalaman rakan-rakan yg pernah bermadu Dan hampir bermadu….

jaga2 sis…untuk jiran sis tu..Satu aje nak bagi tahu JODOH BUKAN

BODOH.

Mohd Faiz, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan

isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri

aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my social media.

Pesan aku pada semua. Jangan blme jantina. Ini masalah individu

tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam

mana masa depan kita.Ambil yang baik, buang yang buruk.

Suraya Dolah, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali,

jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak

anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya.

Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga

anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar.

Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak krus sorang2

kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah

berdua.

Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak

sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki

bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon

nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi

pantai tu pun tak boleh jugak la HH.

Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol

tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rampas, hmm

Maria Huda, Suami kau tu yg gatal n mainkan perasaan org. Dgn kau

ckp tk nk HH, dgn HH dia ckp lain. Kalau dia tk nk HH, krnapa dia

sanggup tipu kau n gi dating dgn jiran kau?

Kau sound jiran kau , pdhl yg salah 100% suami kau. Dh tahu ada isteri

n anak2 jaga lah elok2. Dia boleh plak melayan anak dara.

Nurul Fazlina, Zaman sekarang, tak boleb percaya dah. Perempuan

lindungan kaabah ke, wanita teduhan neraka jahanam ke,

kalau dah spesis menyondol tu ada dalam sifat azali mereka, maka kita

lah yang kena memainkan peranan untuk cantas pergerakan spesis ni.Kinah Zul, Tahniah puan sbb pilih utk bertahan. Terima kasih bg

peluang kami yg bujang cuba selami kehidupan berumah tangga.

Makin banyak membaca kadang makin down,tapi cuba positif sbb

pegang 1 kata2 sahabat “hidup rumah tangga bukan bahagia

sepanjang masa” semoga terus dipelihara hubungan puan & pasngan.

Aamiin

Lin Leen, Perghh best btul cite tt ni. Tahniah sbb memilih utk menjadi

positif wlaupun sush tp hasilnya berbaloi. Pucuk pangkal tt jd lembut

hati sbb suami sendiri berubah.

Alhamdulillah. Kalau masih miang ak rse xd maknanya nk berbalik

semula kan. Pape pn smoga ap yg jd ni jd pengajaran utk suami tt n tt

jgak.. tuhan nk uji skit je tu utk kuatkan kembali ikatan rumahtgga tt.

Smoga bahagia hingga syurga.

Nur Hasni, Asyik kahwin . Crai. Mak mertua. Pak mertua. Keluarga 69

jer manjang. Saya ni yg xkawin lagi macam mana min. Muda lagi tau

24. Saya suka baca IIUM ni.

Tapi kisah rumahtangga je. Xde ke cerita pasal bisnes ke. Kemajuan

islam ke. Yg berilmu sikit. Baca tadi ada sesetengah kata mcm KRT

page dah. Share yg berilmiah la sikit. Ni dah macam diari pulak

Sarinah Salleh, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk awak

mempertahankan. Ada yang x diberi peluang sebab suami kahwin

senyap-senyap kat sempadan.

X apa, lain org lain dugaanNya. Akak doakan semoga Mawar dan

keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. selalu. Aamiin.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di

ruangan komen

Post a Comment

Previous Post Next Post