Baru-baru ini, tular video menunjukkan tindakan sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga ‘menyapu’ hampir semua barangan ‘food bank’ yang diletakkan di sebuah stesen minyak.
Gelagat ‘tamak’ kumpulan tersebut telah berjaya dirakam oleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @_NazriH.
Menerusi rakaman CCTV tersebut, kelihatan sekumpulan individu yang menaiki sebuah kereta berwarna merah berhenti di stesen minyak itu.
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila kelima-lima individu keluar dari kereta terbabit dan ‘menyerang’ food bank yang disediakan di stesen minyak berkenaan.
Tanpa sedikit pun rasa segan, kesemua mereka mengangkut setiap barang yang tersedia di situ sehingga hampir semua makanan ‘licin’ diambil oleh mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang dipamerkan oleh kumpulan itu.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.sumber : ohmymedia
0 Ulasan