[VIDEO]“Respect Orang Sis”-Wanita Cantik Ini



Menangis Ditegur Badan Tak Slim

Setiap wanita mempunyai rasa insecure terhadap diri sendiri meskipun ramai orang memuji kecantikan mereka. Isu kulit gelap, jerawat, pendek atau

tidak slim merupakan hal sensitif yang bukan semua orang suka perkatakan. Jangan katakan orang luar, rasa geram akan semakin membara jika yang

bercakap itu adalah kenalan terdekat.

Popular di TikTok dengan video mukbang makan sayuran



sihat

Persis kisah di bawah, wanita ini tidak ketinggalan berdepan rasa kecewa apabila seorang netizen melemparkan komen yang dirasakan kurang manis.

Sebelum ini, Nusufia Johari dikenali di TikTok dengan video makan sayuran sihat ala-ala mukbang.

Cik Pia cantik tapi badan macam tak slim pun, maaf ya

Namun dia terkilan apabila ada yang menyifatkan bentuk badannya tidak slim meskipun berwajah cantik. Kerana terguris hati, dia mula menangis



dan berpesan agar orang di luar sana lebih menjaga pertuturan khususnya dalam berbicara tentang konteks perjalanan mendapatkan berat ideal.










Maaf dia macam perli bagi saya…Memang tak kena kutuk

cuma nak share pasal respect

Dek kerana ramai tertanya mengapa wanita cantik ini beria-ia menangis walhal komen itu nampak biasa sahaja, Sufia mengatakan dia hanya

mengenangkan nada pernyataan tersebut yang berbaur perlian. Malah dia berharap masing-masing boleh respect sesama sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan