“Tengah Nak ‘Job’ Owner Datang” Lelaki K4ntoi Nak Curi Motor, Tuan Motor Tiba Tiba Muncul Dari Belakang

 

Kita selalu dengar di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai kes kecurian kereta atau motosikal yang berlaku di Malaysia. Uish!

Menerusi laporan Berita Harian sebelum ini, sejak beberapa tahun yang lalu jumlah kecurian kenderaan berjaya diturunkan hasil daripada kolaborasi bersama pelbagai agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walaupun begitu, kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dilihat masih lagi berlaku.

Terbaru, viral di Twitter mengenai seorang lelaki yang cuba mencuri motosikal di kawasan parking di sebuah hospital. Namun, percubaannya untuk mencuri gagal selepas dia terkantoi apabila pemilik motosikal itu muncul dihadapannya.

Menerusi video berdurasi 0:31 saat, dilihat svspek berada dalam keadaan ketakutan apabila perbuatan kotornya diketahui oleh pemilik kenderaan itu dan orang ramai. Lebih memalukan apabila situasi itu ditonton oleh orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut. Svspek juga dilihat berkali-kali mengucapkan kata maaf kepada owner motosikal tersebut atas perbuatannya.

Kejadian itu disedari seorang pegawai perubatan yang bekerja di hospital tersebut apabila dia melalui kawasan parking itu dan melihat individu terbabit sedang membuat ‘kerja’ mencuri salah satu motosikal di situ. Pegawai tersebut kemudian bertindak dengan melaporkan insiden itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Kebetulan, pada waktu itu juga pemilik motosikal tersebut muncul.

Mereka kemudian menghubungi pihak pulis untuk memaklumkan kejadian tersebut. Svspek telah ditahan oleh pihak pulis sebaik sahaja mereka tiba di tempat kejadian. Walaupun tangan telah digari, tetapi svspek dilihat cuba bertindak g4n4s dan menunjukkan tanda pr0tes. Walau bagaimanapun, pihak pulis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini.

Pegawai bagi tahu pak guard

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:  Berita Harian, Twitter @Xexeyaya

Catat Ulasan

0 Ulasan