Laman utama agama Shuib Bawa Mentua Balik Kampung, Tidur Bergelimpangan di Ruang Tamu Pakai Kelambu “Malam Dengar Bunyi”
Shuib Bawa Mentua Balik Kampung, Tidur Bergelimpangan di Ruang Tamu Pakai Kelambu “Malam Dengar Bunyi”
by -
Admin
on -
Jun 25, 2021
Kejayaan yang dimiliki pemilik nama penuh Shahmira bin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu ini seringkali menjadi bualan masyarakat.
Menurut Shuib, kehidupannya sejak kecil amatlah daif sehingga dia terpaksa tinggal bersama arwah neneknya selama 17 tahun.
Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya mengimbau kenangan susah dan senang kehidupannya ketika membesar di sebuah rumah kayu suatu masa dahulu.
” Inilah rumah yang saya duduk dari umur 8 bulan – 17 tahun, tidor dekat ruang tamu pakai kelambu, pakai pelita,malam-malam boleh dengar bunyik cengkerik.
” Rindu nak balik sini lagi, rumah yang mengajar erti apa itu “hidup”. Jangan kisah dari mana kita datang kerana Value kita tetap tinggi. Selamat Malam semua”, tulis Shuib
Dalam gambar tersebut juga kelihatan Shuib bersama bapa mentuanya Raissuddin Hamzah yang turut sama pulang ke kampung halaman Shuib bagi merasai pengalaman suasana kampung di mana menantunya itu membesar.
Rata-rata pengikut Shuib turut memdapat reaksi dari rakan-rakan artis yang menulis di ruangan komen, antaranya Amy Search, Afdlin Shauki, Pekin dan Feeya Iskandar.
Sebelum ini kisah inspirasi itu telah dikongsikan oleh Shuib menerusi sebuah rancangan television bertajuk Disebalik Tawa yang disiarkan di saluran Astro Warna.
” Saya lahir di Johor Bahru dan ketika umur saya lapan bulan saya berpindah dan tinggal bersama arwh nenek saya di Parit Buntar, Perak selama 17 tahun.
” Tempoh 17 tahun itu saya boleh katakan tak semua orang dapat rasa kerana kehidupan saya sangat susah. Maksudnya tiada elektrik, tiada air. Hanya rumah papan yang mempunya satu bilik sahaja.” katanya
” Air diambil setiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tiada yang ada cuma basikal, belanja sekolah 50 sen, Sabtu dan Ahad tangkap belut buat tambah-tambah duit sekolah,” katanya.
Shuib turut memberi tahu, dia tidak mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna kerana dia lebih gemar untuk membuat kerja kampung untuk membantu keluarganya.
” Saya sekolah pun ikut hati jer sama ada nak pergi atau tidak. Masa tingkatan tiga hampir 6 bulan saya tidak ke sekolah kerana saya lebih suka cari duit untuk bantu keluarga.
” Kalau anda nak tahu saya lebih suka buat kerja kampung seperti tangkap belut dan kupas kelapa. Hasilnya dapat lah juga RM3 untuk 100 biji kelapa”, ceritanya lagi.
Kata Shuib lagi, kejayaan kumpulan Sepah telah banyak mengubah hidupnya ditambah pula dengan kehadiran isteri, Siti Sarah yang sentiasa ada bersamanya disaat susah dan senang.
” Saya ingin berterima kasih kepada Sarah kerana dialah antara orang yang banyak membantu kerjaya saya sebagai seorang pelawak.
” Jika bukan kerana dia mungkin saya tida berada di mana saya berada sekarang”, tambah Shuib
Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Hasil perkongsian hidup, sehingga kini mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Sumber : hmetro & IG Shuib
1 Ulasan
Bagus Shuib dapat mengimbau kembali asal usul kehidupannya dan sedikit sebanyak berkongsi dgn famili dan mertua. Seeloknya jika adik beradik Shuib dapat berpakat untuk renovate rumah itu supaya boleh dijadikan rumah kampung yang besar dan selesa untuk famili berkumpul terutama pada hari raya dsbnya. Tahniah Shuib dan Sarah kerana dapat mendirikan rumahtangga yg bahagia. Kami semua turut mendoakan kejayaan anda dunia dan ahkirat. Aamiin.
BalasPadam