Perempuan dan juga kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, mereka rela berhabis duit ratusan ringgit untuk kekal jelita dengan
mengikut trend terkini. Namun menyedihkan apabila ada juga sesetengah daripada mereka sanggup menolak tepi hukum hakam agama.
Ramai betul puji kening Shaniena cantik…Macam mana
dapatterbentuk kemas je
Menerusi sebuah video dimuat naik, seorang pengguna TikTok bernama Shaniena Natasya telah menerima pujian kerana memiliki kening yang
terletak cantik. Bukan itu sahaja, ramai juga bertanyakan rahsia untuk mendapatkan bentuk yang kemas sepertinya
Hampa yang Islam tu tak payah lah pakai, nak ikut…Sebab
yang nitak sah solat, haram
Sambil tersenyum manis, Shaniena menjelaskan ia adalah hasil teknik sulam kening yang dilakukan. Walau bagaimanapun, gadis Siam tersebut
dilihat bertegas selain turut memberi nasihat bagi sesiapa yang beragama Islam untuk tidak melakukannya. Hal ini kerana, prosedur rawatan
kecantikan tersebut dilakukan tak ubah seperti mencacah tatu yang terang-terang haram.
Sentiasa remind orang Islam pasal halal haram…Tapi ada
jugak yang nak melawa tak bertempat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar celoteh Shaniena. Dalam pada itu, ramai juga memuji tindakan gadis berkenaan
yang dilihat menghormati agama Islam. Malah sehingga ke akhir rakaman, dia masih lagi mengulang supaya tidak mengikut tindakannya kerana
haram.
Post a Comment