Usia baru 25 tahun…Tapi sekarang perlu rawat masalah buah pinggang dan gout
Menerusi satu perkongsian video di TikTok @khadijahazhari, seorang gadis yang berusia 25 tahun dilihat sedang menunggu untuk terima rawatan di sebuah pusat perubatan. Jelasnya, sekarang dia sedang menderita masalah buah pinggang serta gout dan perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu
Setiap hari selama 3 tahun asyik makan mi segera…Dah 7 tahun ulang alik terima rawatan Semuanya berpunca kerana tabiat gadis berkenaan yang begitu gemar makan mi segera sewaktu masih belajar dahulu. Ketagihan yang berlarutan hampir setiap hari selama 3 tahun itu akhirnya membawa padah. Kini, sudah 7 tahun dia perlu berulang alik ke pusat perubatan mengubati masalah kesihatannya.
Mungkin zaman study dulu tak cukup duit makan nasi… Yang masih mampu tu bersyukurlah Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih mendengar nasib yang menimpa gadis berkenaan. Susulan itu, ramai yang mengakui rakaman berkenaan juga menimbulkan kesedaran di dalam diri serta mengingatkan kembali tentang tidak menjaga pemakanan.
0 Ulasan