KELANA JAYA Sejumlah penumpang mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ berhampiran stesen Kampung Baru malam ini.
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam ciapan terbaharu di Twitter AskRapidKL, dimaklumkan semua penumpang yang ᴄᴇᴅᴇʀᴀ sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.
Ciapan itu juga menyebut, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, kejadian dipercayai berlaku malam ini.
Terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang ᴄᴇᴅᴇʀᴀ dengan ada antara mereka dilihat ʙᴇʀᴅᴀʀᴀʜ.
Ada pihak mendakwa, ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ itu berlaku akibat pertembungan tren namun ia belum dapat dipastikan buat masa ini.
PERHATIAN:
0 Ulasan