Penduduk Gaza meraikan gencatan senjata di jalanan

 Orang ramai mengibarkan bendera Palestin meraikan gencatan senjata di hadapan sebuah bangunan yang musnah di Gaza dalam pertempuran 11 hari dengan Israel. - Foto AFP

GAZA: Gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bermula awal pagi tadi diraikan penduduk Palestin yang membanjiri jalanan selepas 11 hari berlindung.

Wartawan AFP di Tebing Barat berkata, buat kali pertama kereta kelihatan di jalanan sambil membunyikan hon dan orang ramai menjalani kehidupan biasa, malah beberapa das tembakan turut kedengaran bagi meraikan gencatan senjata itu.

Buat kali pertama, tiada siren amaran dibunyikan di Israel bagi memberi amaran mengenai serangan roket Hamas, sekali gus menjadi petanda gencatan senjata itu dipatuhi kedua-dua belah pihak.

Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP

Gencatan senjata inisiatif Mesir itu turut membabitkan kumpulan bersenjata kedua paling berpengaruh di Gaza, Islamic Jihad, yang turut mempersetujuinya berikutan tekanan antarabangsa bagi menghentikan keganasan bermula 10 Mei lalu.

Seorang tokoh veteran Hamas, Khalil al-Hayya, menyifatkannya sebagai kegembiraan satu kejayaan.

Pihak Israel, dalam satu kenyataan, berkata kini terpulang kepada kepemimpinan politik pada peringkat akar umbi untuk menentukan hala tuju seterusnya bagi isu itu.

Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP
Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata beliau sedia ke Asia Barat pada bila-bila masa jika boleh membantu Israel dan penduduk Palestin mengakhiri keganasan serta meneruskan kehidupan seperti biasa. - AFP

Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP
Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP

Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP
Penduduk Palestin meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel. - Foto AFP

Catat Ulasan

0 Ulasan