Sebelum berkahwin, tuntutlah sebanyak mungkin ilmu asas rumahtangga. Ambil tahu dan peka, yang mana tanggungjawab suami, apa pula tanggungjawab isteri.
Perlu jelas dan faham dalam soal ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan apatah lagi perselisihan faham sesama suami isteri. Atau mungkin ada yang beranggapan, “Alah, tahulah aku macam mana nak urus nanti.
Duit aku, aku punya pasal lah nak buat apa sekalipun.” Awas ya, hati-hati sebelum keluarkan kata-kata atau dalil sendiri. Ini soal pengetahuan dan ilmu rumahtangga yang telah digariskan dalam agama.
Dan semestinya isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main atau boleh dipandang ringan.
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil Al-Quran dan sunah. Antaranya firman Allah yang bermaksud:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Surah Al-Nisa’ ayat 34
Post a Comment