Kucing Selamba Baring Meniarap Dalam Butik Buat Ramai ‘Geram’!

 

Kucing Selamba Baring Meniarap Dalam Butik Buat Ramai ‘Geram’!


Kucing memang terkenal dengan kecomelan mereka yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang ragam mereka boleh memeningkan kepala dibuatnya tetapi itulah daya penarik utama si kucing. Macam yang dikongsikan di dalam video Tik Tok ini apabila seekor kucing dengan selambanya baring meniarap di dalam sebuah butik.

Gelagat kucing itu dikongsikan di mana video tersebut menerima lebih dari satu juta tontonan setakat ini. Kucing tersebut dilihat sedang bersantai sambil baring meniarap di dalam sebuah butik menjual pakaian. Mungkin kerana tiada pelanggan yang ramai di dalam butik itu, jadinya kucing itu langsung tidak menghiraukan keadaan di sekitarnya.


Meninjau di ruangan komen, para netizen turut terhibur dengan keyakinan kucing itu yang dengan selambanya membuat butik tersebut seperti rumahnya sendiri. Ada juga netizen yang meneka mungkin kucing tersebut ingin merasa aircond di dalam butik kerana cuaca yang panas di luar. Melihatkan bulunya yang gebu, mungkin juga kucing tersebut mahu menyejukkan diri.



Post a Comment

Previous Post Next Post