BAITULMAQDIS: Sebuah kapal yang dikendalikan syarikat Israel, diserang di luar pesisir Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertentangan pantai Iran, semalam, menurut laporan media Israel.
Kejadian berkenaan dilihat sebagai insiden ketegangan terbaru antara Israel dengan republik Islam itu.
Sumber keselamatan yang dipetik saluran televisyen Israel, Channel 12, berkata kapal Hyperion Ray mengalami kerosakan ringan berhampiran pelabuhan Fujairah, dengan Iran disyaki melakukan serangan itu.
Saluran televisyen Lubnan, Al-Mayadeen yang dipercayai rapat dengan Iran dan Syria, turut melaporkan Hyperion Ray yang tertera bendera Bahamas serta dikendalikan oleh firma Israel, Ray Shipping, telah diserang.
Sebuah lagi kapal kendalian firma itu, Helios Ray, diserang pada Februari lalu di luar pesisir Oman ketika menuju ke Singapura dari bandar Dammam di Arab Saudi.
Ketika itu, Iran menafikan dakwaan Israel bahawa serangan berkenaan dilancarkan negara terbabit. - AFP
Post a Comment