Bantuan RM500 "ONE-OFF" ~ Semak Kelayakan Anda, Cara Proses Permohonan Dan Tarikh Bayaran

 


 

Seramai 2.4 juta individu bakal menerima bantuan kehilangan pendapatan dengan nilai peruntukan RM1.2 bilion mulai Jun ini.

 

 

DUA JENIS BANTUAN

  1. RM500 secara one-off kepada B40 yang hilang pendapatan
  2. Bayaran tambahan RM500 untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 

SYARAT BANTUAN RM500 “ONE-OFF”

  1. Golongan B40
  2. Kehilangan pendapatan
  3. Gaji bulanan sebanyak RM1,000 kebawah
  4. Penerima berusia 21 hingga 60 tahun dan tidak melalui proses pendaftaran permohonan

 

 

CARA UNTUK MEMOHON

 

 

Untuk Bantuan RM500 “ONE-OFF”, anda tidak perlu untuk membuat apa-apa permohonan. Maklumat anda akan diambil berasaskan "Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

 

TARIKH PEMBAYARAN

"Insya-Allah, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing," katanya dalam perutusan khas hari ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post