Semak Sekarang Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan

  

PERMAI merujuk kepada pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari 2021 yang lalu yang merangkumi pelaksanaan 22 inisiatif termasuklah pelaksanaan GKP Tambahan.


Dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia bahawa permohonan yang layak akan diberikan bayaran pada mulai 25 Mac 2021 secara berperingkat serta melibatkan kewangan sebanyak RM 883 juta.


Secara amnya, kerajaan persekutuan telah mengeluarkan sebanyak RM3.58 bilion bagi pelaksanaan GKP 1.0, 2.0 dan Tambahan melibatkan sebanyak 900,000 orang usahawan PKS dan Mikro di seluruh negara.

 



Dalam pada itu dibawah permai, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan insentif bantuan kewangan GKP Tambahan iaitu bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada usahawan PKS dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari.


Manakala, bagi negeri bukan PKP, kerajaan persekutuan akan memberikan bantuan kewangan one-off secara separuh iaitu sebanyak RM500 kepada usahawan PKS dan Mikro di negeri tersebut. Tujuan utama pelaksanaan GKP Tambahan adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan disebabkan penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaan PKP selama beberapa bulan dan bagi juga merancakkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan usahawan PKS dan juga Mikro.

 

KELAYAKAN PENERIMA GKP:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup
  • Perolehan tahunan perniagaan usahawan tersebut adalah kurang daripada RM300,000
  • Perkerja tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

 

CARA MELAKUKAN SEMAKAN GKP TAMBAHAN:

 

  1. Layari laman web: https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan