Sekarang saya telah ada seorang kekasih yang ikhlas mahu berkahwin dengan saya walaupun dia tahu saya adalah masih isteri orang
Salam admin, nak mintak pandangan. Tolong hide facebook saya. Saya anak tunggal memang menjaga ibu saya, dia pun tak sihat dan pernah strok sekarang alhamdulillah okey dari dulu cuma kaki sudah tak kuat nak melangkah berdiri, so kemana sahaja saya pergi mesti ibu ikut.
Sekarang saya berkahwin, suami bersetuju dduk untuk jaga ibu saya. Rumah mak mertua saya tak jauh pun, so sekali sekala dia nak tidur rumah mak dia.. jadi memang ke sana pun saya bawa ibu saya. Sampai dah 6bulan kahwin, tapi ibu saya ni tiap kali nak ke rumah mertua saya dia tak suka.
Nak duduk rumah sendiri la, nak dduk rumah kakak dia la. Saya sampai menagis pujuk ke rumah mertua saya.. saya senang dia ada kat depan mata, suami pun macam tu. Mak dan ayah mertua mula2 kami kahwin dah faham semua tu, mereka dah pesan kat mak kalau kami blik ke rumah dia, mak saya ikut sekali. Tapi mak saya tak suka.
Mertua saya ni pembersih jadi bila mak saya nak kencing ke berak ke mesti mertua kerap bersihkan bilik mandi dan tandas sebab dia kata ada bau, so bila jumpa banyak macam la mereka ni tak kena. Jadi semalam suami nak tidur rumah mak dia so macam biasa la saya dengan mak saya akan bergaduh.
Menagis bila nak p sana. Sebab mak saya taknak pergi. Kemudian suami balik dari kerja so siap2 la nak balik ke rumah mak mertua saya. Masa siap2 saya pun tnya, kita tidur bilik tetamu la, biar mak saya tidur bilik saya dan suami sebab bilik tu dekat dgn tandas, mak saya mlm2 kuat kencing. Lepas tu bila suami dengar terus dia kata takpe la takyah la balik.
Dia cakap dia penat. Jenuh saya pujuk saya cakap dah alang2 siap jum la balik. dia cakap penat. pagi ni dia nak p kerja tiba2 dia persoalkan hal semalam pasal tak balik rumah mak mertua saya.. dia cakap tiap kali nak balik mesti ada masalah, salah ke admin saya request bilik tu, dia cakap patut tak payah cakap apa2 sebab spoil mood.
Saya mintak maaf dia makin merepek2, saya tak pernah merungut kalau belah dia terguris hati saya. kalau mak dia tak sihat pun nanti saya akan jaga macam saya jaga mak saya sekarang ni. jadi pagi tadi kami bergaduh besar. Suami ambil semua pakaian nak balik rumah mak mertua saya
Sampai kan dia buka pintu, dia terpijak kucing peliharaan kami. Dia jadi marah dengan kucing tu dia sepak kucing tu. saya tolak dia. saya marah dia, saya tnya dia dah kenapa. Lepas tu dia tolak saya. kuat. saya mengandung.. menagis saya kat lantai tu.
Dia cakap biar la gugur pun tak ape.. apa nak jadi dia tak kisah dah, dah lama dia makan hati. saya salah ke? Salah ke saya. dia cakap dia tak boleh nak hidup mcm ni sebab masalah ni akan sampai bila2. lepas bersalin dia akan uruskan semua nya.
Post a Comment