Sumber berkata, suspek tidak berpuas hati dan mendakwa mangsa mengusik barang miliknya yang diletakkan di rumah terbabit.
Susulan rasa tidak puas hati itu,suspek menetak mangsa sebanyak dua kali di bahagian leher sebelum mangsa bertindak menghubungi polis.
Selepas dihubungi,polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sedang duduk di lantai rumah.
Menurut sumber itu lagi, polis kemudian membuat tangkapan terhadap rakan serumah suspek yang masih berada di dalam rumah berkenaan.
Post a Comment