OSLO: Seorang petugas kesihatan di Norway meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima vaksin AstraZeneca, namun pihak berkuasa kesihatan memaklumkan ia tiada kaitan dengan suntikan itu.
Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh beberapa hari selepas Norway menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca sejak Khamis lalu.
Mangsa yang maut adalah antara tiga petugas kesihatan yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami darah beku, pendarahan dan platlet darah rendah.
Pegawai Agensi Perubatan Norway, Steiner Madsen, berkata ketiga-tiga mereka berusia di bawah 50 tahun dan menerima dos pertama vaksin terbabit.
"Mangsa yang meninggal dunia dirawat di hospital sejak Khamis lalu, seminggu selepas menerima suntikan berkenaan.
"Kami tidak boleh mengesahkan atau mengecualikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan vaksin ini," katanya.
0 Ulasan