Ibu Tidak Benci Hannah, Tapi Tidak Reda Tindakkan Suami Lakukan Pada Anaknya ex
SEBELUM ini, tidak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, tiba-tiba angin duka berbisik membawa khabar kurang baik kisah dari seberang tambak.
“Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan,”
Itulah antara kata-kata ringkas daripada pemanggil misteri yang mendedahkan perkahwinan pelakon dari Singapura, Hannah Delisha, 25, dan Imam Shah, 32, kononnya tidak direstui ibu aktres itu.
Menguatkan lagi keadaan apabila pihak mStar berjaya menemui laman sosial ibu wanita berkenaan iaitu Noor Ashikin Ahmad dan mendapati kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan memenuhi ruang.
Lebih menguatkan lagi teka-teki ini apabila terdapat tanda pagar #IbuTidakRestu pada pengakhiran bait-bait kata ditulisnya itu yang membangkitkan persoalan hubungan dua beranak berkenaan.
Menerusi catatanya itu, Noor Ashikin seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu.
Dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga dibuat tanpa pengetahuan si ibu.
Melalui perkongsian tersebut juga, Noor Ashikin yang turut menggelarkan dirinya Kakcik Wujud menceritakan situasi kehidupan ranjau dan duri yang ditempuh bersama anaknya sejak kecil hingga kini.
Antara bait-bait penulisan Noor Ashikin dengan tanda pagar #IbuTidakRestu
Menerusi tulisan itu dia menulis mengenai sebuah perkahwinan seorang wanita dengan mualaf yang berkakhir dengan perpisahan ketika si anak masih kecil.
Akibat kejadian itu, si ibu sanggup berbanting tulang dan berkorban apa saja demi membesarkan si anak.
Namun ketika si anak sudah dewasa dan mula bercinta seterusnya berumah tangga, si ibu terpaksa membawa diri dengan segala tohmahan bersilih ganti.
Beginilah catatannya:
“Sang ibu pernah bernikah dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua.
“Jodoh tiada berkekalan, bercerai mereka tidak lama kemudian.
“Sang anak yang masih kecil, dibesarkan oleh ibunya.
“Termampu daya, semampu karya-Sang ibu cuba berusaha.
“Tidak mudah, tidak sempurna-segala yang ada sang ibu mencuba.
“Peras keringat, berbanting tulang, sang ibu berkorban apa sahaja.
“Apabila dewasa Sang anak bercinta.
“Cinta yang datang dengan al kisahnya.
“Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu.
“Sang ibu membawa diri, fitnah dan tohmah silih berganti.
“Salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi. Allah sentiasa menyaksi.
“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media,” antara bait-bait penulisannya di Facebook.
Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah melansungkan perkahwinan 18 Februari 2021.
Malah, Noor Ashikin turut menggunakan tanda pagar #ibutidakrestu yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan tersebut.
Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era-80an pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England iaitu bapa kepada Hannah.
Dia dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana menjadi ahli kru Wujud, dalam menerbitkan video realiti seram di Singapura.
Noor Ashikin juga turut merakamkan lagu di negaranya iaitu Kerana Mulut, Tiada Lagi Ucapan Sayang dan Sinar Di Mata Mu.
Bagaimanapun, dia yang dihubungi mStar pada Isnin enggan mengulas mengenai luahannya itu.
Dan hanya meminta pihak media merujuk laman sosial miliknya jika mahukan penjelasan tentang hal berkenaan.
“Ya saya ibu kandungnya, dan itu benar Instagram saya.
Maaf saya tidak mahu komen tentang itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” ujarnya ringkas.
Ibu Tidak Benci Hannah, Tapi Tidak Reda Tindakkan Suami Lakukan Pada Anaknya
Menerusi nukilan yang dikatakan sebagai epilog atau drama terakhir, Noor Ashikin Ahmad kini dilihat seolah-olah memberi isyarat bahawa ‘sang ibu’ dalam kisah yang cuba disampaikan tidak membenci anaknya.
Sebaliknya Noor Ashikin memberi petunjuk seperti wujud masalah antara dia dan pasangan pilihan anaknya itu sejak sekian lama.
Ibu Hannah memuat naik warkah terakhir.
“Beliau tidak merestui perhubungan sang anak dan pasangannya sejak mereka belum bernikah lagi kerana kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara sang ibu dan pasangan sang anak.
“Sang ibu sudah tidak restu daripada awal lagi perhubungan mereka kerana apa yang terjadi,”
Tulisnya tanpa menjelaskan dengan terpeinci tentang kisah berkenaan.
Pada 18 Februari lalu Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, mengejutkan ramai dengan berita perkahwinannya dengan aktor Singapura, Imam Shah, 32, menerusi perkongsian foto di Instagram.
Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.
Namun kontr0versi mula menghimpit penyanyi ini selepas ibu kandungnya sendiri tampil memberi bayangan bahawa perkahwinan itu tidak direstui.
Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada
Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh pasangan itu berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.
Bukan itu sahaja, ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati turut mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.
Hannah dan Imam dikatakan sudah berkahwin pada Februari tahun lalu.
Sementara itu menerusi nukilan terakhirnya juga Noor Ashikin dilihat cuba meluahkan perasaan selepas mendapat berita mengenai perkahwinan anaknya.
“Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.
“Sang ibu tidak membenci sang anak, tetapi tidak reda dan restu dengan cara, etika dan norma perkara ini dikendalikan oleh sang suami pada anaknya serta cara pihak yang sewaktu dengannya, mengendalikan perkara ini.
“Pasti sang suami mempunyai seorang ‘ibu’. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu sang suami dan keluarganya?” demikian luah Noor Ashikin.
Biodata Pelakon Drama Imam Shah, Suami Hannah Delisha
Siapa Imam Shah? Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib yang lebih terkenal sebagai Imam Shah merupakan seorang pelakon lelaki kelahiran Singapura.
Namanya menjadi tular lewat ini selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Hannah Delisha.
Biodata / Profile / Latar Belakang
Nama penuhnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.
Dikenali dengan nama popular, Imam Shah.
Berumur 32 tahun.
Kelahiran Singapura.
Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.
Antara drama Singapura yang dibintanginya termasuk Mengejar Mentari, S.O.S, Firasat, Firasat 2, Saga, 31 Disember, Faculty dan Saga 2.
Kemunculannya di kaca televisyen Malaysia menerusi siri Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro Ria) dan Kau Yang Pertama (TV3).
Berkahwin dengan Hannah Delisha yang juga pelakon kelahiran Singapura pada 18 Februari 2021, selepas lima tahun berkenalan.
Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @imamemy telahpun mencatatkan lebih 120,000 pengikut.
Fakta Menarik
Anak kepada pelakon veteran, Mariana Yati.
Sepupu kepada aktres Nadiyah Shahab.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amat pemalu dan gemar membuat hal sendiri.
Gemar meluangkan masa di gimnasium.
Penuntut seni silat, tinju dan muay thai.
Mengutamakan peningkatan kualiti dalam lakonan, sekaligus mengetepikan soal populariti.
Gemarkan privasi, justeru jarang berkongsi foto di Instagram.
Takut berhujah di pentas kerana sifatnya yang mudah menggelabah – bak karakter ibunya!
Memegang prinsip yang diperturunkan oleh ibunya, berbunyi – “apabila seseorang berasakan dirinya adalah yang terbaik, itulah jalan pada kemusnahan kerjayanya”.
Meletakkan pelakon Bront Palarae sebagai idola dalam karier lakonan.
Sumber : trendingsangatpw





Post a Comment