Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing untuk bulan Februari dan seterusnya nanti.
Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.
Untuk mendapat kepastian, kami telah bertanyakan hal ini sendiri melalui ELYA Live Chat KWSP pada hari ini.
Berikut adalah jawapan KWSP tentang tarikh bayaran bulanan i-Sinar KWSP yang akan akan diterima.
Tarikh Bayaran iSinar Bulan Kedua & Seterusnya
Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar yang berikutnya akan dibayar pada:
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- Sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Melalui i-Akaun
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran i Sinar bulanan, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

0 Ulasan