Jaga sekolah didakwa sentuh bahu murid perempuan

 

Muhammad Afiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, semalam atas pertuduhan kesalahan seksual kanak-kanak dengan menyentuh bahu seorang pelajar pe-rempuan pada Isnin lepas. — Gambar Bernama
DITUDUH: Muhammad Afiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, semalam atas pertuduhan kesalahan seksual kanak-kanak dengan menyentuh bahu seorang pelajar pe-rempuan pada Isnin lepas. — Gambar Bernama


Group telegram Info Terkini: https://t.me/ageretorg

BACA JUGA TUMBUK MUKA LELAKI BERDUA-DUAAN DENGAN ISTERI DALAM BILIK TIDUR DITAHAN


KOTA BHARU: Seorang pe-ngawal keselamatan di sebuah sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan kesalahan seksual kanak-kanak dengan menyentuh bahu seorang pelajar perempuan pada Isnin lepas.

Muhammad Afiq Mohamed Zahari, 28, membuat pe-ngakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan maksud seksual telah menyentuh kedua-dua bahu kanak-kanak berusia 13 tahun itu daripada belakang menggunakan tangannya, di dalam kawasan sekolah, dekat sini, kira-kira jam 5.14 petang pada 25 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faizudin Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan, namun tertuduh memohon supaya dibenarkan ikat jamin kerana mempunyai isteri dan seorang anak.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan, setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 1 Mac sebagai sebutan semula kes. — Benama

Post a Comment

Previous Post Next Post