11 Bantuan
& Inisiatif Kerajaan yang
Korang
Boleh Dapat untuk Tahun 2021!
Bantuan Tunai, Baucar Dan Kredit Bagi
Tahun 2021 Untuk
Rakyat Malaysia
Setiap tahun, kerajaan pasti akan menyediakan bantuan dari jenis kewangan kepada rakyat Malaysia, dan banyak bantuan-bantuan ni dikhususkan kepada golongan yang memerlukan seperti B40 serta M40. Kita ni, bila dah dapat tahu pasal kewujudan bantuan, mestilah tak nak terlepas daripada menerimanya, kan? Tapi kadang-kadang tu, susah nak ingat bantuan apa yang kita terima dan yang boleh dimohon. Ya betul bantuan ni kebanyakan nya perlu mohon tau! Kalau tak tak dapatlah jawabnya..
Jangan risau,
dekat bawah ni kitorang dah senaraikan jenis-jenis bantuan yang mungkin korang
layak memohon untuk tahun 2021. Tak adalah melepas pula nanti!
Kemaskini:
Inisitatif Bantuan Permai , boleh rujuk di sini
Senarai Bantuan & Inisiatif Kerajaan Tahun 2021
1.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
BPR adalah bantuan kewangan yang
diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000
serta bujang berpendapatan kurang RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa.
Kategori dan kadar bantuan untuk BPR adalah seperti berikut:
Pendapatan
isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
Pendapatan isi rumah bulanan antaraRM2,501 – RM4,000
Tiada atau seorang anak akan terima RM800
2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – RM5,000
Tiada atau seorang anak akan terima RM500
2 anak dan ke atas akan terima RM750
Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500
Akan terima RM350
Had umur kelayakan individu bujang adalah bermula
dari 21 tahun
Cara Mohon Rujuk : Panduan
Permohonan BPR
2.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bayaran Fasa2)
Bagi mereka yang telah menerima
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang telah diberikan pada tahun 2020 untuk fasa
1, bayaran fasa 2 akan diberikan pada bulan Januari 2021. Untuk permohonan
baharu yang lulus juga akan dimasukkan secara sekaligus pada Januari 2021.
Jumlah bantuan adalah seperti berikut:
i.
Isi Rumah
B40 : RM1,000
Berpendapatan
bulanan kurang daripada RM4,000 dan ke
bawah
Bayaran RM700
akan dibayar pada hujung bulan Oktober
2020 dan
RM300 pada bulan Januari 2021
ii.
Isi Rumah
M40 : RM600
Berpendapatan
bulanan lebih daripada RM4,001 hingga
RM8,000
Bayaran RM400
akan dibayar pada hujung bulan Oktober
2020 dan
RM200 pada bulan Januari 2021
iii. Bujang B40 : RM500
Berpendapatan
bulanan kurang daripada RM2,000 dan ke
bawah
Bayaran RM350
akan dibayar pada hujung bulan Oktober
2020 dan
RM150 pada bulan Januari 2021
iv. Bujang B40 : RM300
Berpendapatan
bulanan lebih daripada RM2,000 hingga
RM4,000
Bayaran RM200
akan dibayar pada hujung bulan Oktober
2020 dan
RM100 pada bulan Januari 2021
Cara Mohon Rujuk : Panduan
Permohonan BPN 2.0
3.
Bantuan Bulanan Kanak-Kanak KeluargaMiskin
Bagi keluarga yang mempunyai kadar
pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah
Semasa, terdapat bantuan kewangan khas yang akan diberikan secara bulanan,
iaitu:
RM150sebulan bagi yang mempunyai anak
berumur 7-18 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/keluarga.
RM200sebulan bagi yang mempunyai 1 anak
berumur kurang 6 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak
RM1,000/keluarga.
Cara Mohon Rujuk : Panduan
Permohonan Bantuan JKM
4.
Lanjutan Moratorium
Bagi peminjam B40 (penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat) yang
membuat pinjaman dengan bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa perlu dokumen.
Terdapat dua pilihan yang boleh dibuat iaitu:
Penangguhan
ansuran bulanan selama 3 bulan.
Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6
bulan.
Bagi pemimjam M40, tidak memerlukan sebarang dokumen juga tetapi perlu membuat
pengisytiharan kendiri dan kelulusan dalam 1 hingga 5 hari
Cara Mohon Rujuk : Panduan Mohon
Lanjutan Moratorium
5.
i-Sinar KWSP
i-Sinar merupakan inisiatif daripada
kerajaan menerusi KWSP untuk membantu meringankan beban bagi mereka yang
terkesan dengan pandemik COVID19 seperti kehilangan sumber pendapatan atau
sumber pendapatan berkurangan. Melalui i-Sinar, pencarum boleh mengeluarkan
wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada Akaun 1 tertakluk kepada
syarat-syarat yang dikenakan. Kalau nak tahu macam mana cara nak mohon iSinar,
boleh tonton VIDEO
ini.
Cara Mohon Rujuk : Panduan Mohon
i-Sinar KWSP
6.
Caruman KWSP Diturunkan kepada 9%
Mulai Januari 2021, caruman KWSP
yang dikenakan kepada pekerja diturunkan menjadi 9%, berbanding 11% pada
tahun-tahun sebelumnya. Ini bermakna pendapatan bulanan korang akan menjadi
lebih banyak hasil daripada penurunan caruman ni. Tapi kalau korang masih nak
kekalkan caruman KWSP pada 11%, boleh je. Rujuk caranya di SINI.
7.
Baucar Perlindungan Tenang
Baucar sebanyak RM50 akan diberikan
kepada golongan B40 yang layak, di mana baucar ini boleh digunakan untuk
membeli produk Perlindungan Tenang, termasuklah takaful hayat dan insurans
perlindungan diri. Panduan lanjut boleh rujuk di SINI
8.
Program Jaringan Prihatin
Sumber GambarHarian Metro
Golongan B40 juga
akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Ianya adalah
untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian daripada kos
pembelian telefon bimbit baharu.
Panduan lanjut boleh rujuk di SINI
9.
Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
PERKESO menyediakan bantuan kepada
mereka yang tiada pekerjaan dengan cara memberi Elaun Mencari Pekerjaan. Dan
untuk tahun 2021 ni, Elaun Mencari Pekerjaan akan dilanjutkan tempoh
pemberiannya selama 3 bulan, dengan kadar:
80%
daripada gaji untuk bulan pertama
50% daripada gaji untuk bulan kedua
30% daripada gaji untuk bulan terakhir
Ada banyak lagi kemudahan lain yang
boleh diperoleh daripada Sistem Insurans Pekerjaan ni. Kalau nak tahu lebih
lanjut, boleh baca di SINI.
10. Program
eBelia
Melalui program ni, kerajaan akan
mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam e-wallet belia yang tidak terhad
kepada 20 tahun sahaja. Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar IPTA dan
IPTS walaupun berumur 20 tahun ke atas. Cara permohonan atau pemberian masih
belum diumumkan dan akan diperincikan nanti.
11. Pas
Perjalanan MY30
Sumber Gambar Says
Bagi pengguna kenderaan awam, korang
boleh gunakan pas perjalanan MY30. Dengan hanya RM30 je, korang boleh dapatkan
akses perkhidmatan bas dan rel tanpa had selama 30 hari. Cara daftar dia mudah
je, bawa MyKad ke kaunter di LRT dan bagitahu nak langgan pas MY30.
Dah tahu kan jenis-jenis bantuan apa yang korang boleh
dapat untuk tahun
2021? Nanti
bila dah dapat bantuan tu, jangan berbelanja tak ingat dunia pula. Kita
mestilah mempunyai rancangan dalam menguruskan
kewangan dengan
baik supaya tak pula menyesal di kemudian hari kalau ada apa-apa hal kecemasan
yang terjadi



Post a Comment