TERKINI: Pelajar Sekolah Terima Bantuan Laptop Dan Tablet Bermula Februari 2021 Ini Seramai 150,000




Bantuan kemudahan komputer riba, tablet & data telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi meneruskan pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas. 


Kemudahan tersebut disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40). 


Sila ikuti perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 


Untuk makluman anda, pemberian komputer riba secara percuma ini bakal melibatkan seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah. Kemudahan ini adalah merupakan sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian yang sedang dihadapi oleh majoriti para pelajar di Malaysia. 


Oleh demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan 13 Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan memberikan sumbangan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi tujuan pemberian sebanyak 150,000 komputer riba kepada para pelajar sekolah. 


TARIKH PENERIMAAN


Pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan pengagihan peranti akan bermula pada: 


  • Peringkat Utama : Februari

Untuk makluman, pihak mereka sedang bekerja keras dengan semua pihak agar mempercepatkan kadar pengedaran kepada para pelajar. Usaha ini akan dapat membantu para pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas. 

Catat Ulasan

0 Ulasan