Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila Porsche Taycan yang dipandunya meluncur tanpa kawalan secara tiba-tiba.
Insiden aneh yang dirakam oleh kamera litar tertutup itu dikatakan berlaku di sebuah kejiranan di United Kingdom. Ia bermula dengan sebuah Taycan masuk perlahan-lahan menuju ke rumahnya.
Pemandu itu kemudian memberhentikan kereta. Segalanya nampak normal sehinggalah dengan tidak dijangka Taycan tersebut meluncur laju dan melanggar sebuah SUV berwarna hitam.
Mimpi ngeri itu tidak berakhir di situ sahaja apabila kereta elektrik itu kemudian menjunam ke tebing di mana sebuah BMW 1 Series diparkir di sana.
Pelanggaran dilihat agak kuat sehingga menyebabkan BMW berkenaan tertolak ke hadapan dan pastinya mengalami kerosakan yang agak serius.
Setelah melihat berulang-ulang kali, besar kemungkinan insiden tersebut berlaku kerana kesilapan menekan pedal pendikit atau mungkin juga akibat masalah kesihatan. Ye lah, mana tau pemandu tu tiba-tiba sakit jantung dan sebagainya.
Kalau tersilap tekan pedal pendikit, memang ia mengundang bahaya kerana jentera itu memiliki jumlah tork yang sangat tinggi iaitu sekitar 640Nm
0 Ulasan