Sejarah Patung CPR



Patung yang selalu kita berlatih untuk membuat CPR mempunyai sejarah yang tersendiri.

Dikenali sebagai L'Inconnue de la Seine yang bermaksud Wanita Yang Tidak dikenali Dari Seine. Sejarahnya bermula apabila mayat seorang wanita yang dijumpai di sungai Seine di Paris sekitar tahun 1880.
Apabila di periksa, tiada kesan kecederaan atau tanda tanda keganasan pada badan mayat, jadi dapat disimpulkan bahawa wanita berkenaan telah terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri.
Apabila mayatnya dibawa keluar dari sungai dan dibawa ke tempat ruangan mayat, ketika itu mayat yang tidak dikenali akan diletakan dalam ruangan khas untuk orang ramai membuat pengecaman. Apa yang menakjubkan bila orang ramai mula tertarik dengan wajah wanita ini.
Namun begitu, seseorang dari bilik mayat yang menempatkan mayat wanita misteri ini telah membuat acuan topeng muka disebabkan riak wajah wanita ini.
Indentiti wanita ini tidak dapat dikenal pasti, mayat misteri ini dikatakan berusia sekitar 16 tahun semasa meninggal dunia.
Selepas itu sudah banyak orang yang membuat acuan dari muka wanita ini dan dari situlah tersebarnya patung patung yang mempunyai bentuk muka wanita misteri dari Seine ini.
Wajahnya sering kali dianggap seperti Mona Lisa yang lemas kerana ketenangan riak wajah dan senyumanya yang begitu menarik minat ramai orang ketika itu.
Wajahnya digunakan untuk demo CPR bermula apabila seorang lelaki yang bernama Asmund Laerdal yang juga merupakan pengusaha mainan di Norway.
Pada satu hari, anak lelakinya hampir lemas dan dia sedaya upaya mengeluarkan air dari paru paru anak lelakinya, dan selepas itu ada sekumpulan doktor datang untuk meminta dia membuat satu patung untuk membuat demo teknik yang baru baru ketika itu, yakni CPR.
Maka dari situlah Laerdarl memulakan sejarah penciptaan patung yang bersaiz manusia untuk tujuan demo CPR. Cuma masalah ketika itu, dia memikirkan wajah apa yang patut dia buat?
Setelah lama berfikir, dia teringat akan satu patung yang wajahnya kelihatan tenang yang tergantung di rumah mertuanya. Lalu dia menggunakan wajah wanita misteri tersebut untuk patung CPR.
Diberi nama sebagai Anne, Rescue Annie merupakan patung yang pertama dan paling berjaya untuk simulator pesakit dan berjaya mengajar serta menyelamatkan jutaan orang yang belajar teknik asas CPR.
Impak yang sangat besar dalam industri pembuatan patung dan juga industri perubatan dengan terciptanya satu patung yang wajah sebenarnya diambil dari mangsa mati lemas.

Catat Ulasan

0 Ulasan